<!DOCTYPE HTML PUBLIC "-//W3C//DTD HTML 4.0 Transitional//EN">
<HTML><HEAD>
<META http-equiv=Content-Type content="text/html; charset=iso-8859-1">
<META content="MSHTML 6.00.2900.2627" name=GENERATOR>
<STYLE></STYLE>
</HEAD>
<BODY bgColor=#ffffff>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Assalamualaikum dan salam sejahtera.</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Saya tercari2 juga berita tentang anugerah sulung
ini. Semasa mengikuti siaran langsung sambutan Hari Guru menerusi Tv1 pun tidak
diumumkan tokoh yang bertuah itu. Jadi tertanya2 juga saya di mana
Ultraman dapat berita itu! Rupanya memang betul kata Ultraman tu seperti
yang disiarkan dalam petikan berita ini.</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Saya pun ingin mengambil kesempatan mengucapkan
setingi2 tahniah kepada Cikgu MOHAMED ISMAIL atas kejayaan cemerlang beliau
itu. Kami baru bertemu minggu lepas semasa menghadiri satu kursus ICT
anjuran bersama Jabatan Pendidikan Khas (JPK) dan MAB di Kompleks MAB
Brickfields. </FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Semoga kejayaan beliau akan memberi peransang
kepada guru2 oku lain untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi lagi.</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Berita Harian, 17/5/2005</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Dalam Negeri -</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Guru cacat penglihatan terima anugerah
cemerlang<BR>Oleh Ahmad Naim Tahir dan Syuhada Choo Abdullah</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>MOHAMED ISMAIL menerima Anugerah Guru Kurang
Upaya<BR>Cemerlang daripada Hishammuddin di Seremban, semalam.<BR>– Gambar oleh
Owee Ah Chun</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>SEREMBAN: Guru cacat penglihatan sejak lahir,
Mohamed Ismail, 51, yang dipilih penerima sulung Anugerah Guru Kurang Upaya
Cemerlang sempena sambutan Hari<BR>Guru tahun ini menyifatkan anugerah itu
sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan warga pendidik dari kalangan
orang kurang upaya.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>untitled 5 frame<BR>Macromedia Flash Movie
Start<BR>Special Online Promotion!<BR>Macromedia Flash Movie
end<BR>untitled 5 frame end</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Guru Sejarah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Sri Nilam, Kuala Terengganu itu yang tidak menduga dipilih menerima anugerah
terbabit, berharap ia dapat<BR>menjadi pendorong kepada guru kurang upaya lain
untuk meneruskan khidmat mereka dengan cemerlang.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>“Syukur kepada Allah... saya tidak menduga menjadi
penerima pertama anugerah ini dan berharap ia menaikkan semangat anak-anak untuk
cemerlang dalam hidup<BR>serta mendorong golongan kurang upaya lain, termasuk
guru agar tidak menjadikan kecacatan sebagai penghalang untuk berjaya,”
katanya.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis
khas sempena majlis sambutan Hari Guru 2005 peringkat kebangsaan, di sini, malam
tadi. Mohamad menerima<BR>anugerah itu daripada Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Bapa kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 23
tahun itu yang ditemani isterinya, Junainah Wan Chik, 47, berazam untuk terus
berkhidmat mendidik anak<BR>bangsa dan tidak pernah menganggap kekurangan
dirinya sebagai penghalang.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dan
Sosiologi serta Diploma Sejarah dan Bahasa Melayu dari Universiti Malaya (UM)
itu menjadikan pakar ekonomi,<BR>Prof Datuk Dr Ismail Salleh yang juga cacat
penglihatan sebagai idolanya.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Beliau yang menjadi guru sejak 1981 memilih
profesion berkenaan kerana berpendapat ia paling sesuai dengan keadaan dirinya
serta memberikannya peluang untuk<BR>mendidik anak bangsa.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>“Ketika itu, saya berasa bidang pekerjaan lain
untuk orang macam saya agak terhad, jadi bidang perguruan dipilih kerana ia
lebih mudah dan membolehkan saya<BR>menyumbang kepada bidang pendidikan,”
katanya.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Mohamad berterima kasih kepada ibu bapa serta
isterinya, kakitangan kerajaan di Kuala Terengganu yang banyak memberikan
semangat untuknya meneruskan minat<BR>sebagai pendidik.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>“Alhamdulillah, saya juga tidak menghadapi masalah
bekerja dengan bantuan teknologi komputer sekarang yang memudahkan saya
mengajar,” katanya yang juga<BR>cergas dalam kegiatan kemasyarakatan dan sukan
termasuk menjadi ayam tambatan Terengganu dalam acara catur serta ping pong bagi
golongan cacat penglihatan.</FONT></DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Beliau turut menyandang jawatan Yang Dipertua
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Naib Presiden Pertubuhan Orang
Cacat Penglihatan Malaysia<BR>dan Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan
Malaysia Terengganu.</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Untuk membaca artikel-artikel saya yang lain,
jemputlah melawat ke weblog saya di:<BR><A
href="http://www.jaring.my/weblog/view.php?user=alongzh">http://www.jaring.my/weblog/view.php?user=alongzh</A><BR>
<BR>Along Zahari<BR>Pendidik/penterjemah/aktivis oku, seni, bahasa dan
sastera.</FONT></DIV></BODY></HTML>