<!DOCTYPE HTML PUBLIC "-//W3C//DTD HTML 4.0 Transitional//EN">
<HTML><HEAD>
<META http-equiv=Content-Type content="text/html; charset=iso-8859-1">
<META content="MSHTML 6.00.2900.2627" name=GENERATOR>
<STYLE></STYLE>
</HEAD>
<BODY bgColor=#ffffff>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Berita Harian </FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Sabtu, 7/5/2005</FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>- Pendidikan - </FONT></DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2></FONT> </DIV><FONT face=Arial size=2>
<DIV><BR> Anugerah tingkat motivasi guru kurang upaya</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><BR> PENGENALAN Anugerah Guru Kurang Upaya
Cemerlang pada Perayaan Hari Guru <BR> Peringkat
Kebangsaan tahun ini mampu meningkatkan motivasi golongan itu
<BR> untuk memberi perkhidmatan lebih
cemerlang.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> Tokoh akademik dan juga pakar ekonomi, Prof
Datuk Dr Ismail Salleh, <BR> berkata kejayaan
golongan orang kurang upaya (OKU) menceburi pelbagai
<BR> profesion termasuk perguruan, menunjukkan
kerajaan serius untuk memberi <BR> peluang kepada
golongan itu. </DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> "Lebih membanggakan, walaupun terpaksa
mengharungi pelbagai halangan, <BR> namun dengan
usaha gigih guru kurang upaya mampu cemerlang seperti guru
<BR> normal lain.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> "Namun untuk mencapai tahap cemerlang,
mereka harus diberi bantuan bukan <BR> memberi
layanan istimewa tetapi motivasi berbentuk fizikal atau insentif
<BR> bagi memudahkan mereka menjalankan tugas,"
katanya kepada Berita Harian, <BR> semalam.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> Namun beliau tidak nafikan, ada segelintir
guru besar dan pengetua kurang <BR> yakin dengan
kemampuan guru kurang upaya, sebaliknya mengehadkan bidang
<BR> tugas mereka dengan memberikan tugasan mudah
saja.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> Hakikatnya, katanya guru kurang upaya
berkebolehan untuk menyampaikan ilmu <BR> dengan
cemerlang asalkan diberi kepercayaan daripada pihak sekolah.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> "Kebanyakan masalah ini timbul di kalangan
guru kurang upaya yang mengajar <BR> di sekolah
biasa berikutan kurang kemudahan yang disediakan untuk mereka. </DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> "Perkara ini sudah dikemukakan kepada
Kementerian Pelajaran dan dijangka <BR> satu
bentuk bantuan khas akan diberikan kepada guru kurang upaya," <BR>katanya.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> Beliau yang juga Naib Canselor, Kolej
Universiti Teknologi Antarabangsa <BR> Twintech
juga menyambut baik usaha kerajaan yang banyak menumpukan kepada
<BR> OKU, khususnya dalam pendidikan.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> Seorang guru cacat penglihatan dari Sekolah
Menengah Sri Pantai, Kuala <BR> Lumpur, Zahari
Hashim, menyifatkan pengiktirafan ini membuktikan golongan
<BR> pendidik kurang upaya juga mampu cemerlang
seperti guru lain.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> "Usaha Kementerian Pelajaran memberi peluang
kepada golongan OKU untuk <BR> menceburi profesion
perguruan, menempatkan guru kurang upaya di sekolah
<BR> biasa dan merancang memperbanyakkan lagi
sekolah pendidikan khas untuk <BR> pelajar OKU
adalah langkah terbaik memajukan masa depan mereka.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> "Namun begitu, menangkis tanggapan negatif
masyarakat yang tidak yakin <BR> dengan kemampuan
guru kurang upaya adalah cabaran besar yang harus
<BR> ditangani," katanya.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV> Beliau yang empat tahun berkhidmat, berkata
pihak pentadbir sekolah perlu <BR> bersikap
terbuka dan memahami situasi yang dihadapi golongan itu bagi
<BR> memastikan dapat memberi perkhidmatan
cemerlang.</DIV>
<DIV> </DIV>
<DIV><BR></FONT> </DIV>
<DIV><FONT face=Arial size=2>Untuk membaca artikel-artikel saya yang lain,
jemputlah melawat ke weblog saya di:<BR><A
href="http://www.jaring.my/weblog/view.php?user=alongzh">http://www.jaring.my/weblog/view.php?user=alongzh</A><BR>
<BR>Along Zahari<BR>Pendidik/penterjemah/aktivis oku, seni, bahasa dan
sastera.</FONT></DIV></BODY></HTML>