[Share] 125 Pas Harian Komuter Percuma Sempena Ulang Tahun KTM Selasa Ini
hashim ishak
hashim572002 at gmail.com
Mon May 31 04:13:46 MYT 2010
125 Pas Harian Komuter Percuma Sempena Ulang Tahun KTM Selasa Ini
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan 125 pas harian secara percuma selama tujuh hari mulai Selasa ini bagi perkhidmatan komuter sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-125.
Dalam satu kenyataan di sini Ahad, KTMB berkata 125 keping pas harian itu diberi secara percuma dari 1 hingga 7 Jun ini yang membolehkan pengguna menaiki perkhidmatan KTM komuter ke mana-mana destinasi perkhidmatan komuter tanpa had pada hari berkenaan.
"Pemberian pas ini adalah amat menjimatkan kerana jika dibeli dengan harga biasa ia bernilai RM12 bagi setiap pas, ia boleh diambil dalam tempoh mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang di kaunter khas, aras 1 Stesen Sentral Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.
Sementara itu bagi perkhidmatan tren antara bandar, 125 keping tiket disediakan khusus buat mereka yang berumur 65 tahun keatas bagi perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur pada harga yang ditawarkan RM1.25 sehala, berbanding harga biasa RM12 untuk kelas ekonomi.
Bagaimanapun ia adalah hanya bagi perjalanan pada pukul 1 petang dari stesen Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi menghala ke Ipoh, dan tiket-tiket pada harga istimewa ini mula boleh didapati pada hari berkenaan dari pukul 11 pagi di kaunter stesen keretapi Kuala Lumpur.
Bagi perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur pula tiket-tiket istimewa ini khusus hanya bagi perjalanan pada pukul 6 petang, dengan kaunter jualan tiket khas ini mula diagihkan pada pukul 4 petang di stesen Ipoh.
EMAIL: hashim572002 at gmail.com
SKYPE: hashimmelaka
BLOG SBM MELAKA: http://mysbmmelaka.blogspot.com
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: http://lists.ncbm.org.my/pipermail/share/attachments/20100531/75c08fd0/attachment.htm
More information about the Share
mailing list