[Share] RapidKL Lancar Kad Perjalanan Tanpa Had RM10 Sehari

hashim ishak hashim572002 at gmail.com
Mon May 31 04:08:04 MYT 2010


      RapidKL Lancar Kad Perjalanan Tanpa Had RM10 Sehari  




            KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Mulai Selasa ini, pengguna pengangkutan awam boleh membeli kad 'Rapidpass Felxi' untuk perjalanan tanpa had dengan menaiki bas, monorel dan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) pada harga serendah RM10 sehari.

            Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad Datuk Idrose Mohamed berkata pengguna juga boleh memilih sama ada untuk membeli kad tersebut bagi tempoh tiga hari yang bernilai RM25, seminggu (RM50), 15 hari (RM90) atau sebulan (RM150) mengikut keperluan perjalanan masing-masing.

            Bagi pelajar tempatan yang menggunakan kad 'Rapidpass Flexi Integrasi' mereka dikenakan bayaran yang lebih murah iaitu RM40 untuk seminggu, 15 hari (RM60) dan RM100 untuk sebulan.

            Manakala untuk penggunaan bas pula mereka perlu membayar seminggu (RM20), 15 hari (RM30) dan sebulan (RM50), katanya dalam satu kenyataan di sin.

            Beliau berkata bagi pelajar asing pula, sebanyak RM125 sebulan dikenakan kepada mereka yang menggunakan kad tersebut dan RM75 untuk bas.

            Pengguna juga boleh menggunakan sistem "Touch n Go" untuk kad 'Rapidpass Flexi' dengan mengaktifkannya di stesen LRT mulai Selasa ini, katanya.

            Idrose berkata selain penduduk di Lembah Kelang, kad 'Rapidpass Flexi' juga sesuai digunakan oleh pelancong dalam dan luar negara kerana mereka hanya perlu membeli kad itu mengikut perjalanan masing-masing.

            Kad ini merupakan tambahan kepada produk Rapidpass yang dilancarkan pada September 2009 yang memberi potongan harga sehingga 50 peratus untuk perjalanan sehala, dan 'Rapidpass Pelajar' yang diperkenalkan bulan lepas yang menawarkan penjimatan lebih 50 peratus, katanya.

            Untuk maklumat lanjut pengguna boleh menghubungi talian Helpline 03-78852585 yang beroperasi pada Isnin hingga Jumaat (7 pagi hingga 8.30 malam) atau 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu dan Ahad) atau melayari laman web www.rapidkl.com.my atau laman twitter@ MYrapid KL.

           
     

EMAIL: hashim572002 at gmail.com
SKYPE: hashimmelaka
BLOG SBM MELAKA: http://mysbmmelaka.blogspot.com
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: http://lists.ncbm.org.my/pipermail/share/attachments/20100531/c74557f5/attachment.htm 


More information about the Share mailing list