[Share] Pengumuman dari Telekom malaysia

Komuniti oku komuniti.oku at gmail.com
Fri Jul 16 20:12:33 MYT 2010


                    
           
     
           
             

                    
                  PENGUMUMAN   
                    
                  PENAIKTARAFAN RANGKAIAN INFRASTRUKTUR TM 
                    
                  Pelanggan yang dihargai, 

                  Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin memaklumkan kepada pelanggan-pelanggan kami bahawa kami akan memindahkan infrastruktur rangkaian sedia ada ke platform yang baru. Kami ingin memberi jaminan bahawa aktiviti penaiktarafan rangkaian ini akan membolehkan kami mempertingkatkan prestasi rangkaian dan kualiti pengalaman pelanggan secara lebih menyeluruh.  

                  Peralihan infrastruktur ini akan dijalankan pada 18, 19, 22 & 23 Julai 2010 dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi. 

                  Sehubungan itu, para pelanggan perkhidmatan TM Homeline, Internet, Suara, Data dan Televisyen Protokol Internet (IPTV atau HyppTV) di seluruh negara mungkin akan mengalami sedikit gangguan semasa proses peralihan tersebut sedang dijalankan.  

                  Perincian mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin terjejas adalah seperti berikut: 

                        PERKHIDMATAN
                       KEMUNGKINAN GANGGUAN
                       
                        Telefoni - Homeline, Home Prepaid dan iTalk
                       Tidak boleh membuat panggilan telefon atau mengalami sambungan yang terputus-putus
                         
                       
                        Internet - Streamyx, UniFi dan TM Direct
                       Kesukaran melayari atau mengalami penyambungan yang tidak stabil ke laman web Tempatan dan Antarabangsa

                       
                        Data - Internet Protocol over Metro-e (IPME)
                       Penurunan tahap perkhidmatan

                       
                        IPTV - HyppTV dan Video atas Permintaan (VoD)
                       Kehilangan saluran dan kandungan mungkin tidak dapat ditontoni 

                       

                  TM mengucapkan terima kasih di atas kesabaran anda semasa tempoh peralihan ini. Kami memberi jaminan bahawa perkhidmatan kami akan beroperasi seperti biasa selepas tempoh tersebut. 

                  Untuk maklumat lanjut, pelanggan-pelanggan TM Homeline boleh menghubungi kami di 100 atau melayari www.tm.com.my. Pelanggan UniFi boleh menghubungi Pusat Panggilan UniFi di 1-300-88-1221 atau emel ke unifi at tm.com.my. Sementara itu, pelanggan-pelanggan TM Direct dan perkhidmatan Data bolehlah merujuk kepada Pengurus Akaun anda atau menghubungi 1060.


                  Click here for English version

                 

            Close Window 
              

      © Copyright Telekom Malaysia Berhad. All rights reserved. Terms. | General Line : 603-2240 9494
     

Blog saya Twitter saya Facebook saya Windows Live Messenger saya Yahoo messenger saya Skype: ultraman5984 Laman 1Malaysia Laman Facebook Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: http://lists.ncbm.org.my/pipermail/share/attachments/20100716/b7fd23db/attachment-0001.htm 
-------------- next part --------------
A non-text attachment was scrubbed...
Name: not available
Type: image/gif
Size: 1292 bytes
Desc: not available
Url : http://lists.ncbm.org.my/pipermail/share/attachments/20100716/b7fd23db/attachment-0001.gif 


More information about the Share mailing list